aQ mahu share 1 probs yg seringkali melande prhubungan & prchentaan mnusie neh :)
persoalan & jwpn yg d copy dr majalah Remaja Julai 2010
masalah : saya adalah seorang pelajar di sebuah IPT,saya telah 5x gagal di dalam percintaan . namun setiap kali saya gagal didalam percintaan , sahabat baik saya Azli , yang banyak membantu memberikan semangat & sokongan kepada saya . Hubungan kami seperti adik beradik yang sentiasa bersama susah & senang . Namun apa yang buat saya tersentak apabila Azli tiba2 meluahkan rasa cintanya pada saya . Diakui saya memang menyayangi Azli namun sayang padanya tidak lebih daripada seorang kawan . namun kerana tidak mahu mengecewakan Azli , saya tetap terima dia sebagai kekasih . Kini sudah 3 bulan kami bercinta tetapi masih tetap tidak mampu mengubah hati saya ini untuk mencintainya sebagai kekasih .
jawapan kepada masalah : Cinta perlukan keikhlasan & ketulusan . tanpa 2 perkara tersebut cinta tidak mungkin akan wujud . oleh kerana itulah biarpun ada perasaan sayang pada sahabat tetapi perasaan cinta itu tidak penah ada . jadi apa yang boleh dikatakan di sini adalah , jangan terus memaksa diri untuk mencintai orang yang tidak dicintai . Ini kerana andai terus memaksa diri bukan anda sahaja yang merasa sakit & derita malah perasaan c dea juga akan turut terasa pedih andai dea tahu kebenaran nya . Carilah ruang untuk berterus terang & sampai kan apa yang terpendam di dalam hati anda itu dengan kata2 yang paling baik .
cinta datang dari hati yang ikhlas & tidak munkin boleh dipaksa . Andai terus dipaksa bukan hanya seorang yang rasa sakit tetapi kedua-duanya akan merana .
yupp , memg betul :)
ReplyDelete