cinta datang & pergi , namun aku tetap setia berdiri disini

Tuesday, March 1, 2011

cinta untuk dea ..

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan . Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan , ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa .


2. Sayangi dia seadanya . Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti . Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu . Jangan sesekali terfikir untuk
mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah , selamanya anda akan terus mengubah dirinya . Tentu anda masih ingat , anda terpikat padanya kerana dia adalah dia . Maka , tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain .


3. Sayangi dia sepenuh hati . Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda . Dengan kelebihan yang ada padanya , dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta , dia telah memilih diri anda . Maka , jangan sesekali cuba untuk
mempermain-mainkan keluhuran cintanya .


4. Hormati pendirian dan keputusan dia . Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak , yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati .

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia . Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya .

6. Percaya akan dirinya . Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya . Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa . Jika
anda sendiri tidak dapat menerimanya , apatah lagi dia .

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama- lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya , tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu
adalah hari yang terakhir untuk anda berdua .

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya , nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga .

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan . Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa , ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan .

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda , memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat . Ketahuilah , dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji . Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya , maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun .

p/s : hargailah orang yang sayang anda <3

No comments:

Post a Comment